Anggota Kumpulan K-Pop Wanita Terkenal Korea Meninggal Dunia Kemalangan


Salah sebuah laman web hiburan Korea Selatan telah melaporkan bahawa EunB yang merupakan salah seorang artis wanita k-pop terkenal, Ladies Code, telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.

EunB, 22, meninggal dunia setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya dengan kereta yang dia naiki pada jam 1.20am waktu Korea Selatan.

Menurut sumber, EunB bersama-sama ahli kumpulannya dan beberapa rakan yang lain turut terlibat dalam kemalangan setelah kenderaan yang mereka naiki terlanggar penghadang jalan.

Pemandu kenderaan tersebut turut dilaporkan meninggal dunia.

Pada waktu itu mereka dari Yeongdong Expressway sedang menuju ke Incheon.

Dua lagi rakannya iaitu Kwon Ri Se dan Lee So Jung turut mengalami cedera parah dan kini sedang menjalani pembedahan,dan selebihnya hanya mengalami kecelakaan kecil.



Menurut sumber lagi, polis mengatakan bahawa kecelakaan mungkin terjadi disebabkan jalan yang licin kerana selepas hujan, dan mereka masih mencari penyebab kepada kemalangan dan akan memberikan info terbaru secepat mungkin. -Norhayati Shaharun/KedahNews.Com