Dengan sekali lafaz, pelakon dan penyanyi remaja, Fiffy Natasya, 21, sah bergelar isteri kepada juruterbang sebuah syarikat penerbangan, Muslim Azman, 27, di kediaman keluarganya di Putra Height, Subang Jaya petang kelmarin.
Pasangan ini dinikahkan berwali bapa pengantin perempuan dan disaksikan Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Selangor, Ustaz Sujak.
Fiffy berkata, majlis berjalan lancar seadanya seperti yang diharapkan.
“Saya gembira dan tenang melalui saat baru ini. Tak ada gementar sangat pun. Perasaan biasa-biasa saja.” kata Fiffy yang dipetik dari Bharian.com.my.
Fiffy juga berkata, masih belum menetapkan tarikh untuk majlis bertandang bagi pihak lelaki.

”Majlis bertandang sebelah suami belum ditetapkan lagi tarikhnya. Berkemungkinan hujung tahun ini dan ia akan diadakan di Kota Bharu, Kelantan.” katanya.
Fiffy dan suaminya juga tidak menolak untuk menimang cahaya mata dalam masa terdekat.
“Bab anak itu kalau ada rezeki cepat, kami terima. Insya-Allah.” ujar Fiffy.
Fiffy sebelum ini mencetus kontroversi apabila bertindak membuka tudung hijab selepas dipujuk beberapa pihak yang kononnya mahu dia berjaya dalam aktiviti seni. -Muhamad Hafizzudin Mohd Daud/KedahNews.com