Satu pertemuan bekas kepimpinan dan ahli jawatankuasa organisasi Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) telah dianjurkan secara tertutup oleh Datuk Yusof Haslam, Selasa lalu.
Perjumpaan ini dikatakan bertujuan untuk menjernihkan kembali kemelut antara dua pihak yang bertelagah di dalam organisasi itu sebelum ini.
Antara yang telah hadir ialah Harun Salim Bachik, Abu Bakar Omar, Yusof Kelana dan beberapa lagi ahli jawatankuasa yang lain.
Namun, amat mengecewakan kerana bekas Presiden SENIMAN, iaitu Zed Zaidi tidak menghadiri di pertemuan itu walaupun telah dijemput.
Menurut sumber, Zed juga telah diingatkan tentang perjumpaan tersebut pada malam sebelumnya.
Menurut sumber, Zed juga telah diingatkan tentang perjumpaan tersebut pada malam sebelumnya.
Pengarah filem terkenal, Datuk Yusoff Haslam turut meluahkan rasa kesal dan kecewa dengan sikap ego dan tidak bertanggungjawab bekas pemimpin itu.
"Saya ralat dan kesal dengan tindakan Zed yang tidak hadir dan menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab. Beliau sebenarnya antara individu terpenting dalam menjernihkan kemelut ini," katanya yang dipetik dari Bharian.com.my.
Pelakon, Yusof Kelana juga turut menyatakan perasaan yang sama terhadap sikap Zed.
'Kami kesal dengan alasan diberi Zed kerana pertemuan ini sudah dirancang awal. Pada malam sebelum pertemuan berlangsung, kami sudah ingatkan, namun pada saat akhir Zed batalkan kehadiran.
"Sebagai bakal pemimpin bukan ini caranya. Beliau harus hadapi kemelut ini dengan apa cara sekalipun demi memulihkan SENIMAN.
"Daripada awal, Zed sudah menyerahkan segala keputusan atas kepercayaan saya. Ini bermakna beliau memang ada niat untuk tidak hadir," ujarnya. - Muhamad Hafizzudin Mohd Daud/KedahNews.com