ALOR SETAR - Penyerang pasukan Kedah Mohd Khyril
Muhymeen Zambri yang menamatkan zaman bujangnya pada 19 September lepas
mengadakan majlis resepsi di sini malam Sabtu.
Majlis itu berlangsung di Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) di
sini dihadiri saudara mara, jurulatih, pemain pasukan skuad Helang
Merah dan peminat pasukan itu.
Khyril Muhymeen, 27, diijabkabul dengan pasangannya Suryanne Mohd
Sukeri, 29, dari Kampung Balok, Kuantan, Pahang pada 19 September lepas
dan majlis resepi di rumah pengantin perempuan diadakan pada keesokan
harinya.
Suryanne yang bekerja sebagai eksekutif sebuah syarikat automotif di Kuala Lumpur merupakan anak kedua daripada tiga beradik, berkenalan dengan Khyril Muhymeen sejak dua tahun lepas.
Khyril Muhymeen berkata perkahwinannya tidak menjejaskan latihan bersama pasukannya bagi menghadapi saingan suku akhir Piala Malaysia apabila bertemu dengan Kelantan pada 3 Oktober depan.

"Saya akan turun latihan esok (hari ini) kerana komitmen saya dalam
pasukan sebagai persediaan untuk berhadapan dengan pasukan Kelantan,"
katanya ketika ditemui pada majlis itu.
Beliau yang bermain dengan pasukan Kedah sejak 2005 berkata pasukannya
kini diterapkan dengan pelbagai teknik dan yakin mampu untuk melangkah
ke peringkat seterusnya dalam saingan Piala Malaysia kali ini.
Khyril Muhymeen sebelum ini pernah membantu pasukan Kedah untuk memenangi tiga kejuaraan iaitu Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia semusim buat dua musim berturut-turut iaitu pada 2006/2007 dan 2007/2008. -mStar