Pensyarah Undang-Undang Universiti Malaya , Prof Dr Azmi Sharom mahu mencabar keperlembagaan Akta Hasutan 1948.
Dr Azmi, 45, memohon satu perintah bahawa Mahkamah Sesyen merujuk kes hasutan beliau ke Mahkamah Tinggi untuk menentukan keperlembagaan Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 itu.
Dr Azmi, 45, memohon satu perintah bahawa Mahkamah Sesyen merujuk kes hasutan beliau ke Mahkamah Tinggi untuk menentukan keperlembagaan Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 itu.
Beliau turut memohon perintah untuk menggantung kes tersebut sementara menunggu pertuduhan terhadapnya dibatalkan.
Peguamnya, Gobind Singh Deo berkata, Mahkamah Sesyen mempunyai kuasa
untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi bagi menentukan perkara
yang dibangkitkan di bawah Seksyen 30 Akta Mahkamah Pengadilan 1964.
Bagi menyokong permohonannya, Gobind yang diiringi Dr Azmi dan peguam
Malik Imtiaz Sarwar berkata, Akta Hasutan tidak digubal oleh Parlimen.
"Ordinan Hasutan telah digubal pada 1948 sebelum merdeka. Ia disemak semula menerusi Undang-Undang Semakan Suruhanjaya dan diwartakan sebagai undang-undang.
"Ordinan Hasutan telah digubal pada 1948 sebelum merdeka. Ia disemak semula menerusi Undang-Undang Semakan Suruhanjaya dan diwartakan sebagai undang-undang.
"Ia tidak diluluskan menerusi Parlimen dan oleh itu ia tidak boleh
menghalang hak Dr Azmi untuk bersuara seperti yang dibenarkan dibawah
Artikel 10 (2) Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu, ia tidak mengikut
Perlembagaan," katanya.
Pada 2 September lalu, Dr Azmi mengaku tidak bersalah di Mahkamah
Sesyen di sini atas tuduhan mengeluarkan kenyataan yang didakwa berbaur
hasutan dalam sebuah portal mengenai krisis politik di Perak pada 2009. -Mstar