Meskipun enggan melayan sebarang tweet yang masuk bertalu-talu berhubung pelantikan Azmin di akaun laman Twitternya, ramai yang menjangka Azwan akan melompat gembira apabila impiannya melihat abangnya menjadi Menteri Besar Selangor tercapai.
Pada
7 Mei tahun lalu, "Diva" yang terkenal dengan mulut celupar itu menegaskan pada media bahawa Azmin layak dinobatkan
sebagai Menteri Besar Selangor.
Dia turut mendakwa telah mendengar "ura-ura"
abangnya akan dilantik ke jawatan itu sejak tahun 2011 lagi.
"Saya telah mendengar ura-ura abang saya akan menjadi MB sejak 2011, jadi ia bukan sesuatu yang baru. Ia merupakan satu kelebihan bagi Selangor kerana Azmin seorang pemimpin yang baik dan akan membawa Selangor ke peringkat yang lebih tinggi," katanya kepada media.
Selain itu, Azwan juga pernah "meroyan" di akaun Twitternya dengan bongkak kononnya menerima dari sumber yang sah bahawa Azmin bakal mengambil tempat Tan Sri Khalid Ibrahim pada bila-bila masa.
"Slm. Ko MEROYAN lah 30 hari sebulan pun! Yg ptg (penting) ? AA dah dapat SUMBER SAH! @Azminali anytime New MB SGR! Yeayyyyyyyy! Ko hado?," kata Azwan di Twitternya.
Menariknya, adik Azmin yang sering mencetus kontroversi hangat itu juga mencabar Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Februari lalu untuk menafikan kelayakan abangnya itu sebagai Menteri Besar Selangor.
"Slm. Ko MEROYAN lah 30 hari sebulan pun! Yg ptg (penting) ? AA dah dapat SUMBER SAH! @Azminali anytime New MB SGR! Yeayyyyyyyy! Ko hado?," berikut petikan kata Azwan Ali di Twitternya.
Menariknya, Azwan pernah mencabar Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk menafikan kelayakan Azmin sebagai Menteri Besar.
"Saya cabar Anwar Ibrahim jawab soalan ini. Lainlah kalau Azmin tak layak, sebaliknya dia memang layak pun. Ramai orang yang nak lihat dia jadi MB,"
Namun daripada kata-kata Azwan Ali tersebut, jawatan Menteri Besar Selangor kini seperti sudah dirancang awal oleh pihak tertentu, itu cuma daripada pandangan penulis kerana masakan pokok hendak bergoyang kalau tidak ada angin.
"Saya cabar Anwar Ibrahim jawab soalan ini. Lainlah kalau Azmin tak
layak, sebaliknya dia memang layak pun. Ramai orang yang nak lihat dia
jadi MB," cabar Azwan.
Bagaimanapun PKR awal semalam menegaskan parti itu tidak merestui Azmin sekiranya terpilih menjadi Menteri Besar Selangor dan penegasan itu turut disokong oleh NGO pro-PKR, Jingga 13, yang mendakwa Timbalan Presiden PKR itu tidak layak menjawat jawatan tersebut.
PKR dan DAP sebelum ini dilaporkan hanya mengemukakan nama isteri Anwar sahaja sebagai calon tunggal Menteri Besar Selangor yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim yang digulingkan.
Nama Azmin pula dikatakan mendapat pencalonan dari PAS yang mengemukakan tiga nama pada pihak istana untuk dipertimbangkan ke jawatan nombor satu di Selangor itu sehingga menimbulkan keretakan Pakatan Rakyat.
Pun begitu, terdapat cakap-cakap politik berdesas-desus di "kedai kopi" yang mengatakan semua perkara berlaku hanyalah "wayang" di antara PKR, DAP dan PAS untuk menobatkan Azmin sebagai Menteri Besar Selangor secara halus.
Namun timbul juga dakwaan mengatakan Anwar benar-benar mahu isterinya menjawat jawatan Menteri Besar Selangor di mana beliau dijangka akan menjadikan isterinya itu sebagai "boneka" di negeri itu.
Ramai pula yang melihat kemelut yang bermula dari gerakan "Langkah Kajang" itu sebagai sesuatu yang sangat merugikan rakyat di mana para pemimpin Pakatan Rakyat Selangor lebih berminat untuk berpolitik 24 jam berbanding bekerja untuk rakyat di negeri termaju itu. -KedahNews.com