PETALING JAYA - Ahli dan pemimpin PAS yang tidak sependapat dengan parti itu dicabar supaya meninggalkannya dan menubuh parti baharu.
Cabaran keras itu dilontarkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kepada sebilangan ahli partinya yang diumpamakan seperti 'nyamuk' hingga boleh mengganggu tidur.
"Mereka yang berlainan pendapat dalam PAS ni, dia berasa nak tubuh parti...sila. Baik dia keluar, dia tubuh parti dia sendiri, senang. Tak payah duduk di dalam (PAS).
"Jadi duduk di dalam ni, kalau ada nyamuk seekor tak jenero (nyenyak) tidur jugak kita pun. Itu dia, senang. Nak tubuh parti...sila,” katanya pada sesi penjelasan isu semasa di Marang, Terengganu pada Jumaat.
Difahamkan kenyataan Abdul Hadi itu merujuk kepada kemunculan sebuah
organisasi baharu oleh pemimpin PAS yang dikenali sebagai Persatuan
Ummah Sejahtera Malaysia (PasMA) yang ditubuhkan pada 10 Ogos lalu.
PasMa dikatakan bakal menjadi parti alternatif kepada PAS dalam Pakatan Rakyat berikutan konflik yang timbul antara parti itu dengan sekutunya daripada PKR dan DAP berikutan pemilihan menteri besar Selangor yang baharu.
Mengulas lanjut Abdul Hadi dilihat tidak tergugat dengan kewujudan mana-mana parti politik baharu termasuk PasMa selaras dengan amalan demokrasi di negara ini.
"Penubuhan parti baru, ini perkara biasa. Dalam negara demokrasi berparlimen, siapa-siapa dia nak tubuh parti, sila tubuh," katanya.
Sumber: Mstar