Kuala Lumpur - Seorang lelaki berusia lewat 20-an kini menjadi buruan
polis kerana selepas ‘menggigit’ pipi anak lelakinya hingga cedera parah
di rumah mereka di Subang Jaya, di sini, Jumaat lalu selepas isterinya
enggan memberi wang dimintanya.
Perbuatan kejam suspek jam 11 malam menyebabkan kanak-kanak berusia
setahun tiga bulan itu menerima sekurang-kurangnya empat jahitan di
pipi.
Menurut sumber, sebelum kejadian suspek bertengkar dengan isterinya
yang berusia awal 20-an kerana wanita terbabit tidak mahu memberinya
RM200 yang dimintanya dipercayai untuk membayar hutang.
“Suspek mengancam akan menggigit anak mereka seperti biawak yang menyerang kanak-kanak perempuan di Pulau Tioman minggu lalu, namun ugutannya itu tidak diendahkan isterinya kerana menyangka suaminya hanya mahu menggertaknya,” kata sumber itu.

WANITA menunjukkan keadaan pipi anak yang digigit suaminya. |