Bapa MB Terengganu Meninggal Dunia @ZahidaZarik #PuteriUMNO

Bapa kepada Menteri Besar Terengganu, Datuk Abdul Rahman Mohamad, dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 6.15 petang tadi akibat masalah kesihatan, komplikasi paru-paru.

Jenazah bapa Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman yang berusia 86 tahun itu difahamkan bakal disemadikan di tanah perkuburan Islam Seberang Takir, kira-kira jam 10 pagi esok.

Memetik dari sumber akaun laman Facebook Zahida Zarik Khan, Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia turut mengucapkan takziah dan bersedekah Al-Fatihah pada arwah.

Menurut Zahida lagi, jenazah bapa Menteri Besar Terengganu itu akan disembahyangkan di Kediaman Rasmi Menteri Besar di Seri Iman sebelum dikebumikan kemudiannya.

Allahyarham meninggalkan sembilan cahaya mata dan dipercayai menghidap penyakit itu sejak Disember tahun lalu -KedahNews.com