Bekas Kakitangan MIG Sokong Aeril-Wawa, Dedah Perangai Sebenar David Teo?

Aeril Zafrel, 27, suami kepada Wawa Zainal, 23, mendedahkan perangai sebenar David Teo yang berhutang dengan mereka berdua sebanyak puluhan ribu ringgit dan menuntut supaya pihak MIG menjelaskan hutang tersebut secepat mungkin.

"Saya suka mengingatkan David Teo bahawa pihaknya masih lagi berhutang dan tidak lagi membayar baki duit lakonan saya dan isteri (Wawa Zainal) termasuk duit duta produk yang nilainya puluhan ribu ringgit," kata Aeril.

"Jadi tak perlulah dia bersikap seperti seorang yang budiman sebegitu tetapi cukupbersikap jujur melunaskan hutang itu."

"Namun di sini bukan wang Ringgit pokok persoalannya. Harap jelas," tegasnya lagi.

"Persoalannya cukup mudah, saya hanya meminta supaya dipulangkan dokumen dan barangan peribadi saya, manakala pihak MIG haruslah mengaku telah mengambil kereta itu tanpa sebarang notis," jelas Aeril lagi.

Malah, Aeril juga mencabar David Teo supaya menyamannya jika benar apa yang dikatakannya adalah satu fitnah.

Sebelum ini, Aeril dan Wawa memberitahu media bahawa sebuah kereta Suzuki Swift milik Wawa hilang dan segala dokumen penting mereka yang berada dalam kereta berkenaan turut sama hilang sekitar tahun 2013.

Insiden kehilangan itu dikaitkan dengan pembabita pihak MIG.

Pasangan itu juga mendakwa bahawa kereta tersebut berada di dalam simpanan MIG, namun dakwaan tersebut telah disangkal oleh David Teo dan pihak MIG dengan mengatakan yang mereka tidak ada kaitan dengan kehilangan kereta milik Wawa itu.

Namun tidak lama kemudian, David Teo dan MIG telah mendakwa bahawa kereta tersebut merupakan hak milik MIG dan mereka tidak faham mengapa Aeril perlu membesarkan isu serta mencari pasal.

Ketika Aeril dan David teo masih dibelenggui perbalahan di antara mereka yang tidak nampak kesudahannya, muncul seorang lelaki yang mendakwa dia bekas pekerja MIG.

Lelaki itu menegaskan bahawa semua dakwaan pasangan pelakon itu terhadap David Teo dan MIG adalah benar.

Berikut adalah komen yang diterima Aeril dari seorang yang mendakwa bahawa dia bekas pekerja MIG dahulu.

"Apa yang Aeril katakan itu adalah benar mengenai David Teo, David Teo bukanlah seorang yang seperti kita sangkakan dikaca tv.. PEMURAH dan PRIHATIN dengan orang-orang dibawah naungan dia lagi-lagilah kalau keluar dari MIG akan menerima nasib seperti Wawa dan Aeril Zafrel sebab saya salah seorang 'X' staf David Teo.. so saya tahu macam mana dia sebenarnya dengan orang-orang dibawah naungan MIG..."

"So jangan terpedaya dengan kata-kata dia dikaca tv.. maruah orang melayu tidak boleh dibeli dengan wang ringgit dan bukan dibawah telunjuk orang seperti dia.. saya rela resign dari bekerja di bawah telunjuk David Teo..," kata lelaki itu yang dipetik dari laman sosial.


Namun begitu, ada juga pihak yang menyokong David Teo dalam hal ini dan menyalahkan Aeril serta isterinya.


Perbagai soalan dan dakwaan telah diajukan pihak terbabit dalam menyatakan sokongannya pada David Teo.

Sehingga kehari ini, masih belum ada kata putus dari kedua belah pihak yang mahu mengakui perkara yang sebenarnya. -Norhayati Shaharun/KedahNews.com