Bekas kekasih blogger porno yang kini diburu pihak berkuasa tidak terkejut dengan tindakan lelaki tersebut yang melarikan diri ke Amerika Syarikat untuk mengelak diri dari dakwaan undang-undang di Malaysia.
Vivian Lee berkata, Alvin pernah mencadangkan perkara tersebut kepadanya, namun dia menolak cadangan itu kerana enggan hidup sebagai pelarian seumur hidupnya.
"Dia pernah mencadangkan idea mencari suaka politik secara ringkas sebelum ini.
"Dia tidak pernah membincangkan mengenai rancangannya dengan lebih lanjut kepada saya.
"Dia boleh mengejar impiannya dan meneruskan kehidupan di AS," kata Lee dalam mesej Facebooknya kepada The Star Online, yang dipetik dari laman berita itu, hari ini.
Menurut Vivian, dia pernah menghantar beberapa mesej melalui khidmat pesanan ringkas (sms) kepada bekas kekasih yang kini meninggalkannya itu, namun tidak pernah menerima sebarang respon darinya.

Vivian menjelaskan bahawa dia menolak idea Alvin yang mengajaknya lari ke negara "uncle Sam" itu disebabkan prinsip diri yang tegas tidak dapat menerima kehidupan sebagai pelarian sepanjang hidupnya dan ia bukan satu langkah yang bijak.
"Saya tidak melihat matlamat untuk menjalani kehidupan sebagai pelarian.
"Kita masih ada kehidupan yang menanti pada masa hadapan dan hidup sebagai pelarian tidak sesuai dengan diri saya.
"Saya dibesarkan oleh ibu bapa saya untuk berhadapan dan menghadapi apa jua perkara yang mendatang dan melarikan diri daripada masalah bukan satu langkah bijak," jelas gadis berusia 25 tahun itu.
Alvin dan Vivian Lee sebelum ini didakwa telah memuat naik satu penerbitan menghasut di laman sosial Facebook "Alvin and Vivian-Alvivi" di pautan "https://www.facebook.com/alvivi.swingers" mengikut Akta Hasutan 1948.
Mengikut pertuduhan tersebut, ia mengandungi gambar dan komen bertajuk 'Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh..wangi, enak, menyelerakan!!!)' selain mempermainkan logo halal pada imej poster yang dimuat naik.

Mereka didakwa di mahkamaha atas tuduhan melakukan kesalahan itu antara 11 dan 12 Julai tahun lalu di Kompleks Mutiara Jalan Ipoh, Batu 3 1/2, namun Alvin dilaporkan gagal untuk hadir ke mahkamah untuk sebutan semula kesnya pada bulan lalu.
Tindakan blogger porno itu telah menyebabkan mahkamah bersetuju untuk hanya melucutkan hak jaminan sebanyak RM20,000 daripada RM30,000.
Alvin mengejutkan ramai pihak apabila memuat naik entri terbaharu di laman Facebooknya pada 26 September lalu dengan memaklumkan dia kini berada di Los Angeles, California, sambil memaki hamun dan memperlekeh Malaysia dari negara tersebut. -KedahNews.com