AKTOR Lee Byung Hun dilaporkan telah diugut oleh dua
selebriti wanita sehingga membuatkan dia telah membuat laporan polis
baru-baru ini.
Isu itu menjadi semakin besar apabila salah seorang daripada wanita
tersebut iaitu Lee Ji Yeon mendedahkan dia merupakan skandal aktor
tersebut dan seorang lagi adalah Dahee, anggota kumpulan Glam.
Ji Yeon mengakui menjalinkan hubungan secara diam-diam dengan bintang filem Red 2 itu dan kerap bertemu sebelum Byung Hun membuat laporan polis mengenai tindakan wanita itu.
Bagaimanapun Ji Yeon menjelaskan dia mengugut Byung Hun kerana kesal
aktor itu tidak menjelaskan mengenai bayaran kerja. Malah sebuah rakaman
video yang memaparkan kata-kata tidak senonoh Byung Hun terhadap Dahee
turut dijadikan bahan bukti untuk mengugut lelaki itu.
"Jie Yeon dan Dahee menjalinkan hubungan sulit selama tiga bulan dengan aktor itu. Malah Dahee sering datang ke rumah Ji Yeon di Gangnam, Seoul," kata sumber.
Bagaimanapun pihak pengurusan Byung Hun, BH Entertainment menafikan aktor tersebut menjalinkan hubungan sulit dengan Ji Yeon.
Byung Hun mempunyai seorang isteri iaitu penyanyi Lee Min Jung. Mereka berkahwin pada awal tahun 2013. -Mstar