Bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo menolak
sebarang spekulasi berhubung masa depannya dan ingin memberi perhatian
terhadap Real Madrid.
Ketegasan pemain Portugal itu hadir selepas dia dilapor akan kembali
ke Manchester United lebih awal daripada tempoh yang didakwa sebelum ini
iaitu musim depan.
United merupakan pasukan paling terdesak untuk mendapatkan khidmat
Ronaldo ketika ini walaupun Chelsea turut tidak mahu melepaskan peluang.
Bayern Munich dan Paris Saint-Germain (PSG) juga dilapor sedang mengintai perkembangan semasa Ronaldo.
"Ia (pemindahan) tidak penting, apa yang penting ialah Madrid. Saya
ingin membantu Madrid. Saya tidak nampak kepentingan untuk berfikir
sesuatu diluar kelab.
"Semua ini (pemindahan) merupakan spekulasi, bercakap mengenai masa
depan...masa depan saya adalah Madrid. Saya gembira di sini," katanya. -Mstar