Gambar hiasan |
Sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-57, sekumpulan 665 rakyat Malaysia dari semua lapisan hidup mengambil kesempatan untuk cubaan memecahkan 'Guinness World Record' dengan merakam gambar selfie paling banyak dalam masa satu jam.
Pelajar Muhammad Hazwan Md Nor, 20, yang menjadi selfie untuk hari acara, mengambil gambar bersama sekurang-kurangnya 10 orang satu minit untuk mencapai jumlah 665 selfie.
"Daripada 665 selfie itu, 52 dibatalkan oleh saksi-saksi dengan baki 613 selfie untuk dipertimbangkan dalam percubaan untuk memecahkan rekod," kata Hazwan yang dipetik dari laman Bernama.com.
Acara itu yang dianjurkan oleh Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) merupakan percubaan untuk mengatasi rekod sekarang iaitu 421.
Keputusan rasmi dijangka diumumkan oleh para pegawai Guinness dalam masa sebulan.
Turut menghadiri acara itu ialah Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah.
Selfie biasanya dirakam menggunakan telefon pintar dan dimuat turun ke dalam laman media sosial. - Muhamad Hafizzudin Mohd Daud/KedahNews.com