Kuala Lumpur – Penyanyi AF, Dafi
telah melakar satu sejarah tersendiri apabila berjaya melancarkan album
keduanya berjudul #D4F1 dan dilantik menjadi duta syarikat telekomunikasi U
Mobile.
Pengumuman tersebut telah
dilakukan semasa carnival KL Converge yang berlansung di Pusat Konvensyen Kuala
Lumpur pada jam 11.30 pagi hari ini.
Dafi berkata, dia berasa sangat
terharu kerana diberi kepercayaan oleh U Mobile untuk menjadi duta kepada
syarikat berkenaan kerana perlantikan tersebut diadakan serentak bersama
pelancaran album keduanya.
"Saya bersyukur terus diberi
kepercayaan bergelar duta produk. Malah, hari ini kegembiraan saya berganda
kerana dilantik sebagai duta U Mobile untuk tempoh setahun dan melancarkan
album peribadi kedua serentak.
"Selepas menyertai dunia
seni dan memiliki syarikat sendiri, Laugh Out Loud Entertainment sejak empat
tahun lalu, saya perlu bijak mencuri peluang termasuk melebarkan sayap sebagai
ahli perniagaan.
"Terima kasih U Mobile di
atas peluang berharga ini," katanya dipetik Berita Harian.
Sementara itu, Ketua Pemasaran
Komunikasi dan Jenama U Mobile, Jeanette Lee berkata, syarikat mereka memilih
Dafi menjadi duta disebabkan oleh pengaruh penyanyi tersebut yang mampu menarik
golongan remaja menggunakan produk keluaran U Mobile.
"Dafi mewakili semangat U
Mobile yakni kombinasi kualiti aspirasi, segar dan inspirasi. Kami optimis
dengan pelantikan beliau dalam menarik kelompok pengguna baharu.
"Bagi meraikan pelantikan
Dafi, kami akan mempromosikan dua lagu baharunya iaitu Salahkan Aku dan Dalam
Hati Ini di aplikasi U Karaoke untuk dicuba peminatnya. Ia boleh layari
menerusi wap.u.com.my untuk keterangan lebih lanjut," tambahnya lagi. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor