Dapur Ganja Dijual Terbuka Serendah RM25 Di Downtown?

Foto
PAIP menghisap ganja pelbagai jenis dijual secara terbuka.
Kuala Lumpur - Kegiatan menjual ‘dapur’ atau bong dalam kalangan penagih dadah bagi melepas gian kini dikesan dijual secara terbuka di sekitar pasar ‘Downtown’ di ibu negara.

Terdapat pelbagai jenis dapur membakar ganja dan syabu dijual dengan harga antara RM25 dan RM250 seunit.

Tidak seperti dapur buatan sendiri, alat ini mempunyai reka bentuk yang menarik, malah dikatakan lebih ‘stim’.

Siasatan Harian Metro mendapati kebanyakan alatan terbabit diseludup dari China dan turut boleh dibeli secara dalam talian. 

Kebanyakan gajet menghisap dadah ini diperbuat daripada kaca kononnya mampu memberikan lebih kesan khayal.

Hasil temu bual wartawan Harian Metro di lokasi penjualan gajet itu turut mendedahkan bahawa kebanyakan pelanggan mereka adalah pelanggan tetap.

Walaupun terdapat beberapa gerai bagi setiap kawasan yang menjual gajet ini, bagaimanapun pembekalnya daripada orang yang sama. -myMetro