ALOR SETAR - Nama Fuziah Ahmad mungkin belum setanding nama besar
seperti usahawan makanan, Faiza Bawumi Sayed Ahmad, namun produk bahulu
keluaran perusahaan miliknya kini cukup terkenal di negeri ini.
Malah, titik peluhnya terbukti apabila dinobatkan sebagai Usahawan Terbaik Pasar Tani (Produk Industri Asas Tani) yang disampaikan Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama), Tan Sri Badruddin Amiruldin di Taman Wira Mergong, baru-baru ini.
Menurutnya, dia membuat aneka kuih tradisional, terutamanya bahulu semenjak 1990 di bengkel kediamannya di Lorong Pauh, dekat sini dibantu ahli keluarga dan pekerjanya.
“Alhamdulillah, produk bahulu keluaran perusahaan kami bukan hanya makin laris dan dikenali di seluruh negeri, sebaliknya turut dibawa ke luar negara.
“Malah, ada pelanggan tetap sanggup memesan bahulu khas semata-mata untuk dibawa pulang ke India dan London kerana merasakan bahulu kami tiada tandingan,” katanya kepada Sinar Harian.
Fuziah berkata, dia menghasilkan bahulu dalam pelbagai jenis perisa antaranya seperti strawberi, cappuccino, koko, coklat, pandan, beri biru dan pisang mengikut selera pelanggan.
"Bahulu yang dibuat juga turut diisi dengan inti seperti jem nenas dan beri biru demi menambahkan lagi kesedapan bahulu keluaran kami," katanya.
Katanya, untuk menghasilkan bahulu itu, dia perlu menggunakan dua guni tepung seberat 50 kilogram dan 1,500 biji telur demi menyiapkan tempahan pelanggannya setiap hari.
“Adakalanya, kami tidak menang tangan menyiapkan tempahan. Meskipun hari biasa, tempahan bahulu untuk majlis perkahwinan tidak putus-putus,” katanya.
Kini katanya, dia sudah mencipta nama dan memperkenalkan produknya ke persada tanah air, selain mengharapkan sasaran perusahaan bahulu miliknya menembusi pasaran antarabangsa tercapai.
"Saya juga berhasrat nak buka sebuah kilang bagi mengembangkan perniagaannya bahulu ini sekali gus memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat," katanya. -Sinar Harian