DUNGUN - Seorang penuntut universiti tidak menduga luahan hati
sahabatnya yang ingin tidur lama akan menjadi kenyataan apabila dia
menemui ajal selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya.
Menceritakan detik hitam itu, Nur Syawalni Che Yassin, 20, berkata, beberapa hari sebelum kejadian, Fatin Faradia Yusof, 20, ada menemuinya di kolej penginapannya, Kolej Mawar.
Menurutnya, dia dan arwah yang juga penuntut tahun kedua Diploma Sains Sukan dan Rekreasi ketika itu baru pulang daripada menghadiri kuliah, dan sempat berbual di Dataran Cendekia yang juga kawasan lapang berdekatan kolej penginapannya.
"Dia beritahu rasa terlalu penat dan ingin tidur lama. Saya kemudian menasihati arwah agar berehat dan meninggalkan sementara aktiviti sukan diminatinya.
“Saya tak sangka luahan hatinya yang mengatakan mahu tidur lama, rupa-rupanya petanda dia ingin pergi. Kami rasa tidak percaya dia sudah tiada, sebab baru bersamanya,” katanya.
Menurut Syawalni, dia menerima berita mengejutkan itu ketika menghadiri kuliah apabila seorang daripada rakannya bangun dan meminta rakan lain menyedekahkan Al-Fatihah untuk rakan mereka.
Katanya, pada mulanya mereka sendiri sukar menerima hakikat Faradia menemui ajal dalam kemalangan yang berlaku di dalam kawasan kampus berkenaan.
“Saya benar-benar terkejut apabila dimaklumkan penuntut yang meninggal dunia itu ialah Faradia. Saya baru sahaja bersamanya beberapa hari sebelum tragedi itu, macam tak percaya,” katanya dengan nada sebak.
Dalam satu kejadian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Shah Alam, Khamis lalu, Fatin Faradia yang juga bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Dungun dan atlet bola keranjang Terengganu, cedera parah selepas dilanggar kereta dipandu seorang pensyarah yang hilang kawalan, ketika dia dalam perjalanan pulang ke kolej penginapannya.
Mangsa meninggal dunia kira-kira jam 7.30 malam akibat pendarahan dalaman ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.
Jenazah dibawa pulang dan disemadikan di kampung halamannya dekat Minda, Hulu Dungun, lewat petang Jumaat lalu. -Sinar Harian