Aktres Siti Saleha yang menjadi mangsa kontroversi peminatnya di laman sosial baru-baru ini tampil memberi jawapan bagi menjawab persoalan mengenai gambarnya bersama dua batang balak yang dianggap lucah.
Menurut pelakon jelita itu, gambarnya bersama dua batang balak tersebut lebih menjurus kepada aspek kesenian kerana baginya orang yang berjiwa seni mempunyai nilai aritistik mereka yang tersendiri.
Oleh itu tegasnya, gambar itu diambil sebegitu kerana ia mempunyai nilai artistik yang tersendiri dan tidak ada langsung unsur-unsur lucah sebagaimana yang ditimbulkan oleh para peminatnya.
"Saya tidak pasti apa yang silapnya dengan gambar berkenaan kerana pada saya ia hanya bersifat artistik."
"Sebagai seorang selebriti saya tahu had dan sentiasa berhati-hati sebelum memuatnaik sesuatu gambar di laman sosial," katanya.
Justeru itu, Saleha menegaskan bahawa dia tidak teragak-agak untuk menyekat sesiapa sahaja di akaun sosialnya jika terdapat komen yang berbaur lucah dan melampau demi menjaga nama baiknya.
"Ini adalah harga yang saya perlu bayar apabila menjadi seorang selebriti dan saya terima cuma mana yang terlalu terlampau saya akan sekat mereka," katanya lagi.
Dia turut menganggap kontroversi yang melandanya baru-baru ini merupakan salah satu lumrah hidup sebagai seorang selebriti ekoran banyak mata yang melihat serta sering mencari kesilapan anak-anak seni.
Siti Saleha dilanda pelbagai tohmahan dan dijadikan bahan lucah apabila sekeping gambar yang dimuatnaik oleh beliau duduk diatas kayu balak di tepi pantai di Pulau Tioman telah mendapat komen-komen negatif berunsur lucah dari pengikutnya di Intragram baru-baru ini. -Norhayati Shaharun/ KedahNews.com