Jangan kata UMNO malah mana-mana parti pun belum pernah berlaku
begini. Seorang perwakilan berbahas mengunakan doa sepenuhnya. Bukan
sekejap lebih 20 minit lamanya.
Inilah yang berlaku dalam Muktamar PAS masa perbahasan. Aksi ini
dilakukan oleh perwakilan Wilayah Persekutuan, Azhari Ariffin, semasa
membahaskan ucapan Presiden PAS pada muktamar yang masuk hari kedua di
Batu Pahat.
Biasanya perwakilan berucap sahaja masa perbahasan untuk menyampaikan hujah dan apa yang tersemat dihati.
Tumpuan doa Azhari antara lain menghentam Timbalan Presiden Mat
Sabu kerana membuat kenyataan-kenyataan yang bertentangan dengan Hadi
dalam isu Menteri Besar Selangor.
Doanya juga gelar ADUN PAS Hulu Kelang, Saari Sungib dan ADUN PAS
Morib ,Hasnul Baharuddin yang belot sokong Datuk Seri Wan Azizah Ismail
untuyk dicalonkan Menteri Besar sebagai nila Cap Hulu Kelang dan Cap
Morib.
Dalam doa itu beliau desak agar tindakan diambil terhadap dua orang yang disifatkannya sebagai pengkhianat ejen perosak parti.
Pengerusi Tetap muktamar,Abu Kassim Abdullah sampai tiga kali
menegur Azhari kerana langgar masa 12 minit yang diberi kepada setiap
perwakilan berbahas.
Suasana menjadi gamat sejurus beliau selesai dengan perbahasan
berbentuk doa itu,tiba-tiba soerang perwakilan dari Kuala Kedah,Redzuan
Abu Bakar meluru naik keatas pentas ambil mikrophon untuk bercakap.
Wakil ini mendesak Pengerusi Tetap buat keputusan samaada boleh
ke tidak seseorang mengutuk orang lain mengunakan doa.Beliau mendakwa
perbuatan Azahari guna agama macam itu tidak selari dengan jammah Islam.
Seorang anggota Unit Amal PAS kemudiannya muncul untuk mematikan mikrophon bagi menghentikan beliau dari terus bercakap.
Waktu itu kedengaran deraian sorakan yang jelas menyokong Azahari.
Serangan terhadap puak yang tidak hayati pendirian Presiden PAS
dan lebih berkiblatkan kepada orang luar parti berterusan menerusi wakil
Pahang dan Terengganu yang berbahas selepas itu.
Wakil Terengganu,Mohd Nor Hamzah dengar nada lantang juga mahu
siapa saja yang dipilih oleh Sultan Selangor sebagai Menteri Besar
diterima.
Katanya Jika Sultan pilih ADUN PAS...PAS kena terima dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat kena terima. -AgendaDaily