Dosa Jijik Bapa Pada Anak Kandung Akhirnya Dibongkar Allah..!

Padang Besar - Rahsia seorang wanita yang menjadi mangsa nafsu serakah bapa kandungnya terbongkar apabila kandungan mangsa berusia beberapa bulan gugur ketika menerima rawatan akibat koma selepas memakan tapai di Hospital Tunku Fauziah (HTF), Kangar, Ogos lalu.

Difahamkan, wanita berusia 31 tahun yang tidak bekerja itu menjadi mangsa kerakusan bapa kandung berusia 52 tahun sebanyak dua kali antara Oktober tahun lalu dan Januari lalu dalam kejadian di rumah mereka. di Bukit Keteri, di sini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Padang Besar Deputi Superintendan Md Rafae Hassan berkata, berikutan kejadian itu, adik ipar mangsa mengesyaki sesuatu berlaku kerana mangsa yang belum berkahwin tinggal bersama bapa dan ibunya yang menghidap penyakit buah pinggang di sebuah rumah, di sini. -myMetro