Dua Remaja Ditahan Terlibat Dalam Pengedaran Dadah

Dadah dan barang milik suspek yang dirampas.

Alor Setar – Polis Berjaya menahan dua remaja berusia 20-an dipercayai pengedar dadah di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Pida 7, Jerlun.

Kedua-dua remaja tersebut dilihat berada dalam keadaan mencurigakan sebelum pihak polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu bertindak menjalankan serbuan di rumah berkenaan kira-kira jam 10.30 pagi, Ahad.

Ketua Polis Daerah Kupang Pasu, Superintendan Abd Rahim Abdullah berkata, dalam serbuan tersebut pihaknya telah menjumpai beberapa bungkusan plastik dipercayai dadah yang disembunyikan di dalam sebuah beg milik seorang suspek.

"Ketika serbuan, mereka sedang duduk atas lantai di ruang tamu rumah sambil masing-masing menghadap meja dipercayai melakukan sesuatu yang mencurigakan.

"Kita menjumpai 12 paket plastik lut sinar pelbagai saiz berisi dadah jenis heroin seberat 433.12 gram dan enam peket plastik lut sinar disyaki syabu seberat 18.79 gram dalam sebuah beg," katanya dipetik Sinar Harian.

Abdul Rahim berkata, kedua-dua suspek yang berkerja sebagai pesawah dan buruh turut positif dadah jenis morfin dalan saringan air kencing dan diremah selama 7 hari bagi menjalankan siasatan.

Jika disabitkan kesalah, kedua-dua suspek akan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Sekyen 39A (1) akta yang sama. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor