Meskipun Bank Simpanan Nasional (BSN) merupakan sebuah bank berbentuk badan berkanun di bawah Kementerian Kewangan, pihak pengurusannya tidak teragak-agak untuk membeli iklan di laman portal pro-parti pembangkang, Malaysiakini.com.
Dalam usaha mempromosi produk terbarunya, "Pelan Kadar Istimewa Deposit Tetap atau Komoditi Murabahah Deposit-i BSN", pihak pengurusan itu memilih portal berkenaan berbanding laman-laman media yang lebih mesra kerajaan.
Diyakini bahawa pemilihan Malaysiakini.com untuk mempromosikan produk terkini BSN itu ekoran pencapaian portal tersebut yangg begitu popular ekoran penyiaran beritanya yang saban hari disifatkan menghentam Kerajaan Malaysia tanpa jemu.
Bagaimanapun, pihak KedahNews.com tidak pasti tentang kos pembelian iklan oleh pihak BSN di laman portal berkenaan.
Malaysiakini.com sebelum ini pernah disaman berulang kali oleh beberapa pemimpin Kerajaan, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansur, atas penyiaran berita yang berbaur fitnah terhadap mereka.
Selain menyiarkan cerita-cerita yang "sedap-sedap" belaka berkenaan kepimpinan parti politik pembangkang, laman itu itu sering mencipta dikatakan menabur persepsi buruk terhadap Barisan Nasional (BN) dan kepentingan Kerajaan Pusat.
Sementara itu, tinjauan KedahNews.com memaparkan terdapat ruang iklan kosong di Utusan.com yang mungkin boleh dipertimbang pihak BSN bagi disewa oleh badan berkanun tersebut bagi mempertingkat promosi produk mereka.
Sebelum ini, Perdana Menteri pernah menggesa supaya badan-badan berkanun, GLC dan pertubuhan berkepentingan kerajaan supaya mendahulukan Utusan dalam urusan pembelian iklan berbanding media lain yang diragui sumber pendapatan utamanya.
Malaysiakini.com pernah dikaitkan menerima tajaan dari pihak Yahudi dan Israel sebagaimana yang didakwa di laman Youtube seperti berikut, bagaimanapun, KedahNews.com tidak dapat memastikan kesahihan dakwaan itu.