Eksklusif: Pensyarah Dedah Sikap Segelintir Rakyat, Media "Paling Transparen"


Sikap dan budaya rakyat Malaysia yang begitu cepat terpengaruh dengan laporan-laporan berat sebelah, tidak tepat dan sama sekali tidak berfakta dari sesetengah laman web yang dikatakan "bebas" memang merupakan satu "penyakit" yang agak sukar diubati.

Namun, jika bertemu "buku dengan ruas", selalunya mereka yang memiliki daya pemikiran yang agak rendah dan malas berfikir itu akan malu sendiri apabila berdepan dengan rakyat Malaysia yang lebih rasional kewarasannya.

Seorang rakyat Malaysia yang kini menetap di Sydney, Australia, mendedahkan seorang warganegara kita yang memiliki sikap dan mentaliti yang negatif tersebut. 

Kisahnya adalah seperti berikut...
Saya ada bersembang dengan seorang "rakyat Malaysia" yang baru berhijrah ke Australia. Kami ada bercerita mengenai krisis perlantikan MB di Selangor. Beliau bersungguh-sungguh berkata bahawa setahu beliau Sultan tiada kuasa dalam melantik MB dan tidak perlu campurtangan. Menurut beliau, tidak pernah terjadi sebelum ini Sultan menolak calon MB yang menerima sokongan majoriti ADUN-ADUN!

Saya menceritakan tentang kisah melibatkan DS Idris Jusoh selepas PRU12 dimana walaupun beliau mendapat sokongan majoriti ADUN-ADUN Terengganu, akhirnya akur dengan pilihan istana yang inginkan DS Ahamd Said menjadi MB. Dalam kes ini, UMNO akur dengan titah istana.

Begitu juga isu di Perlis berkaitan dengan perlantikan DS Shahidan Kassim sebagai MB selepas PRU12. Dalam isu ini juga, UMNO akur dengan titah istana. Itu belum kisah-kisah berkaitan dengan pertukaran MB di beberapa negeri lagi.

Akhirnya beliau berkata, betul ke? Saya tanya dia, dimana dia baca kata Sultan kena terima sahaja pilihan parti yang menang, dia kata dia baca di akhbar online "yang paling transparen" di Malaysia!

Ramai sebenarnya rakyat Malaysia yang mula minat politik ketika gelombang PRU13 tempohari. Mereka ini kebanyakkanya membentuk pemahaman politik berdasarkan bacaan mereka didalam akhbar-akhbar online yang jelas "bias" kepada pihak tertentu. Bacaan-bacaan ini akhirnya diterima mereka sebagai fakta dan menjadi asas "mental models" mereka tentang politik Malaysia.

Bagaimana? Setuju dengan pandangan pensyarah universiti di Australia itu?

Lebih menarik lagi, akhbar-akhbar manakah yang "berat sebelah" sebagaimana yang dijelaskan Radzi Jidin itu? 

Apa pula agenda sebenar akhbar-akhbar tersebut terhadap rakyat Malaysia agaknya?

Tidakkah rakyat Malaysia sedar tentang sikap akhbar online itu yang berat sebelah, namun mengaku kononnya bersikap "adil" dan "paling transparen"?

Sebagai hamba Allah, marilah kita sama-sama berfikir dan belajar untuk rajin berfikir secara waras, rasional serta adil. Paling penting sebagai umat Islam, kita perlu rujuk kepada Islam terlebih dahulu sebelum merujuk pada mana-mana sumber sebagai panduan berfikir. 

Wallahu'alam. -KedahNews.com