Gadis Bertudung Tergamak Tunjuk Perangai Keji Di Laman Sosial!

KedahNews.com begitu terkejut menerima satu kiriman "print screen" berkenaan seorang remaja bertudung yang bertindak memaki hamun ibunya di laman sosial secara "brutal" dan tidak mencerminkan agama yang tertera di kad pengenalan gadis itu.

Gadis remaja itu tanpa rasa berdosa mencaci dan mencerca ibunya hanya kerana dia dan adiknya dipukul atas perkara yang tidak dapat dikenal pasti.

KedahNews.com faham bahawa gadis dan adiknya itu sakit dipukul ibu.

Namun bila terkenangkan betapa tingginya pengorbanan ibu gadis itu menahan sakit dan bertarung nyawa demi untuk melahirkan dia serta adiknya, keperitan itu adalah sesuatu yang mustahil untuk dibalas!

Terfikir juga KedahNews.com tentang sikap golongan remaja di zaman sekarang yang tidak teragak-agak untuk menggunakan kata-kata kesat terhadap ibu bapa masing-masing.

Apakah mereka tidak pernah menerima didikan agama yang meletakan kedudukan ibu sebagai individu tertinggi martabatnya bagi setiap anak Adam?

Firman Allah SWT menjelaskan bahawa umat Islam dilarang keras menyakiti hati ibu bapa walaupun dengan keluhan "uhhh" sekalipun dan menyakiti hati kedua orang tua itu dikategorikan sebagai dosa besar di sisi Allah.

Malah Rasulullah SAW pernah bersabda di dalam hadis baginda yang bermaksud: 
Daripada Muawiyah bin Haidatal Qusyairi katanya, aku bertanya Rasulullah s.a.w: “Siapakah orang yang paling patut aku berbuat baik?”. Rasulullah s.a.w menjawab, “Ibumu”. Kemudian aku bertanya, “Lagi siapa?”. Rasulullah s.a.w menjawab, “Ibumu”. Kemudian aku bertanya, “Lagi siapa?”. Rasulullah s.a.w menjawab, “Ibumu”. Kemudian aku bertanya, “Lagi siapa?”. Rasulullah s.a.w menjawab, “Bapamu, kemudian orang yang paling hampir denganmu dan seterusnya”.
(Hadis Riwayat Tirmizi)
Bandingkan pula caci maki gadis remaja itu terhadap ibunya berdasarkan rujukan Al-Quran dan Hadis Rasulullah SAW di atas. 

Kemudian, kita renung kembali diri kita. Apakah kita sedar dan menjaga hati ibu dan ayah kita? Wallahu'alam. -KedahNews.com