Gambar Bersama "Balak": Siti Saleha Jadi Bahan Lucah

Sejak akhir-akhir ini nama pelakon Siti Saleha telah menjadi perhatian di laman-laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Intagram oleh kerana foto yang dimuat naik beliau telah menjadi bahan lucah dan mainan lelaki mata keranjang.

Antara foto yang menjadi bahan lucah pengikutnya di Instagram adalah foto pelakon jelita itu duduk di tepi pantai iaitu di Salang Beach Resot, Pulau Tioman baru-baru ini.

Hasil tinjauan oleh kami di laman instagram Siti Saleha sendiri mendapati bahawa, bukan sahaja komen-komen itu mencemarkan nama baik pelakon tersebut malah turut mengundang fitnah keatas Saleha.

Apabila diperhatikan foto tersebut, tidak ada yang pelik atau seksi kecuali beliau memakai baju bertali sangkut dan duduk diatas dua batang kayu balak.

Walau bagaimanapun, bukan sekeping foto itu sahaja yang dijadikan bahan seksual lelaki mata keranjang dan hidung belang, boleh dikatakan majoriti foto-foto Saleha akan ada kata-kata berbaur tidak senonoh dan lucah.


Malah, ada juga yang mengatakan Saleha sering dijadikan bahan lucah oleh pihak tidak bertanggungjawab disebabkan beliau sering memakai pakaian yang seksi. 

Namun sehingga kini, tiada kata-kata balas mahupun tindakan yang dilakukan oleh Saleha ke atas segelintir pengikutnya di laman sosial terutama instagram beliau. -KedahNews.com