Gambar-Gambar Sekitar Sambutan Hari Kemerdekaan ke-57 Di Alor Setar


Sebanyak 101 kontinjen melibatkan 4,000 orang daripada pelbagai agensi swasta, pasukan beruniform dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyertai perarakan dan sambutan Hari Kemerdekaan ke-57 peringkat negeri Kedah yang diadakan di Dataran Tunku, Alor Setar semalam.

Perarakan dan sambutan yang diraikan secara sederhana itu bermula kira-kira seawal pukul 8.30 pagi dan berakhir pukul 10 pagi bermula sebaik sahaja Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah tiba di Dataran Tunku hari ini.

Yang turut hadir ialah Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Puteri Intan Shafinaz Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir serta lain-lain jemputan.

Perarakan tersebut turut disaksikan lebih 5,000 pengunjung terdiri daripada pelbagai peringkat umur untuk memeriahkan sambutan Hari Kemerdekaan Ke-57 itu.

Berikut adalah gambar-gambar sekitar Perarakan Hari Kemerdekaan ke-57 yang diadakan semalam:





Untuk gambar-gambar lain yang lebih menarik, anda boleh ke halaman Facebook Kedah News. Mungkin gambar anda turut termuat di dalam lensa kamera kami, siapa tahu, bukan?- Muhamad Hafizzudin Mohd Daud/KedahNews.com