Mislina
Mustaffa sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi apabila dikritik hebat oleh
masyarakat apabila dia telah membela seekor anjing seperti membela kucing.
Pun
begitu, dia yang merupakan penyokong tegar demonstrasi "Occupy Dataran" dan aktivis
pro-parti politik pembangkang, sekali lagi dikritik hebat para peminat apabila
gambar beliau berbikini tersebar di laman sosial Facebook, baru-baru ini.
Pelbagai
kritikan, nasihat dan tohmahan oleh peminat seni tanahair dilemparkan ke
Mislina, namun dia seolah-olah tidak mengendahkan apa yang masyarakat mahupun
peminat beliau katakana, bagai mencurah air ke daun keladi.
“Saya
tak kisah apa orang nak cakap pasal saya lagi.
“Sebab
sebelum ini saya sudah banyak menerima kritikan dan cemuhan sehingga dikatakan
murtad, tidak beragama dan banyak lagi. Jadi untuk apa saya komen lebih-lebih
fasal gambar ini kerana orang sudah terlebih dahulu menilainya,” katanya
sebagai respon terhadap kritikan umat Islam itu.
Mislina difahamkan
ke Cuba untuk menjayakan projeknya merasai hidup orang gelandangan untuk menulis buku yang bertajuk “Homeless
& Nomadic By Choice” dilihat sedang berehat di tepi pantai Caleta Buena
bersama teman lelakinya dengan hanya memakai bikini.
Mislina turut
dikenali sebagai seorang pelakon filem dan aktivis teater yang bergiat aktif di
Malaysia dan berkelulusan sarjana dalam bidang lakonan daripada Universiti
Sains Malaysia (USM).
Dia
pernah muncul dalam beberapa filem seperti Sumpahan Puaka , Cun, Estet, Anak
Halal, Sepet , Puaka Tebing Biru, Mukhsin, Dukun dan Anak Halal. –Norhayati Shaharun/KedahNews.com