Kota Bharu - Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun nyaris
maut apabila hampir setengah jam tercekik seekor ikan puyu selebar tiga
sentimeter yang dipancingnya dalam kejadian di Kampung Padang Mokkan, di
sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, mangsa, Suhaniza Mat Nawi, 10,
dikejarkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian
dengan motosikal oleh salah seorang ahli keluarganya dalam keadaan
berlumuran darah selepas terkena duri ikan itu.
Ikan berkenaan berjaya dikeluarkan di HUSM daripada mulut anak kedua
daripada empat beradik itu 15 minit kemudian dan dia kini dilaporkan
masih berada dalam keadaan separuh sedar di Pusat Rawatan Rapi (ICU).
Menceritakan detik cemas itu, Noraniza Mohd Noor, 34, berkata, dia difahamkan ketika kejadian, anaknya memancing ikan bersama beberapa rakannya di sebuah parit air berhampiran rumahnya.
Menceritakan detik cemas itu, Noraniza Mohd Noor, 34, berkata, dia difahamkan ketika kejadian, anaknya memancing ikan bersama beberapa rakannya di sebuah parit air berhampiran rumahnya.
“Sebaik saja ikan berkenaan terkena mata kail, dia cuba menariknya namun gagal lalu bertindak menggigit ikan berkenaan. Bagaimanapun, ikan itu terus masuk ke dalam mulutnya dan tersekat di kerongkong." -MyMetro