Apabila ditanya sama ada pasangan artis ini menjalin cinta,
kedua-duanya memang menafikannya.
Namun apa yang mengejutkan SS, dalam
tiada hubungan istimewa itu boleh pula bercumbu-cumbuan sakan.
SS yang mendengar kisah ini daripada seorang teman agak terkejut juga
kerana kedua-dua artis ini memiliki rekod yang baik. Dalam erti kata
lain, mereka memang tidak pernah tercalit dengan sebarang kontroversi.
Setakat berbicara mengenai kisah cinta masing-masing itu, memang SS
pun sudah biasa dengar. Apatah lagi, artis lelaki itu dengarnya sudah
mempunyai kekasih yang setia.
Apapun, yang menjadi tanda tanya di fikiran SS sejak bila pula pasangan artis ini boleh menjalin hubungan rapat dan intim? Malah, sanggup bercumbu kasih lagi.
Apapun, yang menjadi tanda tanya di fikiran SS sejak bila pula pasangan artis ini boleh menjalin hubungan rapat dan intim? Malah, sanggup bercumbu kasih lagi.
Tidakkah kekasih artis lelaki itu mengetahui apa yang dilakukan buah hati tersayang di belakangnya? Begitu juga teman artis wanita berkenaan.
Apabila difikirkan semula, dalam dunia hiburan ini memang macam-macam tak diduga yang berlaku. Apapun, sebagai pemerhati SS hanya mampu melihat dan mendengar.
Kepada pasangan artis ini, SS harap ubahlah sikap itu. Bukan apa, masing-masing pun sudah mempunyai pilihan hati, jadi tidak perlulah ke tahap bercumbu-cumbuan walaupun hanya menjalin persahabatan.
SS: Ingin tahu kesudahan kisah cinta Aiman dan Fathia. - myMetro