Guan Eng Terus Sawan Dengan Akta Hasutan


Setiausaha Agung DAP,  Lim  Guan Eng menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mempunyai pendirian sendiri bagi membuat keputusan dalam memansuhkan Akta Hasutan 1948 setelah mendapat banyak tentangan dari pelbagai pihak yang dianggap sebagai pelampau.

Guan Eng berkata, cadangan untuk memansuhkan akta tersebut merupakan satu janji Najib kepada rakyat yang dinyatakan sendiri oleh Perdana Menteri semasa di temubual oleh BBC World News pada tahun 2012.

Jelasnya lagi, sikap Najib yang masih berteka-teki dalam membuat keputusan mengenai pemansuhan akta berkenaan membuktikan dia tidak berani menentang pelampau yang mahu akta it uterus dikekalkan.


"Bagaimanapun, sikap 'flip-flop' Najib ke atas Akta Hasutan jelas menunjukkan bahawa dia tidak berani untuk menentang pelampau," kata Lim dipetik menerusi Malaysia Insider.

Merujuk kepada kenyataan Putrajaya semalam, kerajaan pusat menegaskan cadangan untuk memansuhkan akta hasutan bagi menukar dengan akta baru masih dalam perbincangan kerana sehingga kini tidak ada undang-undang baru yang akan digubal bagi menggantikan akta tersebut.

Dalam kenyataan itu lagi, Perdana Menteri berkata, Jabatan Peguam Negara hanya akan menggubal Akta Kerharmonian Nasional selepas isu-isu utama dan asas diputuskan.

Pejabat Perdana Menteri berkata, Jabatan Peguam Negara akan menggubal Akta Keharmonian Nasional hanya selepas isu-isu utama dan asas diputuskan.

Menurut Guan Eng lagi, kegagalan Najib memansuhkan akta tersebut menunjukkan dia seolah-olah menjadi ‘tebusan’ kepada golongan yang dianggap pelampau.


"Dengan kegagalannya menunaikan janji untuk memansuhkan akta tersebut, Najib membuktikan dia seorang tebusan kepada pelampau," kata Lim lagi. – UtaraNews.com/Mohd Shahir Shukor