Guru Pukul Pelajar Dengan Buku Teks Diburu Polis

Guru ganas diburu

China – Pihak berkuasa China sedang memburu seorang guru lelaki yang telah bertindak memukul sekumpulan  pelajar sehingga mendatangkan kecederaan teruk dibeberapa bahagian badan mereka.

Menurut laporan DailyMail, guru berkenaan yang dikenali sebagai Lei Mingxing telah memukul pelajar-pelajar itu dengan menggunakan buku teks ketika berada di dalam bilik lelaki tersebut.

Guru Besar di sekolah itu berkata, dia sangat terkejut dengan tindakan lelaki itu kerana suspek merupakan seorang guru yang baik dan telah lama berkhimat di sekolah berkenaan.

Tambah guru besar itu lagi, ketika kejadian dia sedang melakukan rondaan di sekitar sekolah dan berasa amat terkejut apabila melihat beberapa orang pelajarnya berada di lantai dengan keadaan berlumuran darah.

"Ketika saya melalui bilik guru berkenaan saya terdengar murid-murid itu menangis. Apabila saya ke bilik guru itu, alangkah terkejutnya apabila terlibat murid-murid itu berada di atas lantai dengan berlumuran darah," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Deng Mingshan berkata, kesemua pelajar pelajar telah dikejarkan ke hospital di Ankang untuk  mendapatkan pemeriksaan.

Mingshan berkata, pihaknya sedang giat meburu lelaki yang dipercayai masih bersembunyi di kawasan hutan berhampiran Ankang, Wilayah Shaanxi.

Kesemua empat pelajar yang dipukul oleh lelaki itu mengalami kecederaan teruk di bahagian muka sehingga menyebabkan patah tulang tengkorak akibat dipukul dengan kuat oleh guru berkenaan. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor