Kuala Lumpur - Gara-gara marah selain berdendam apabila cinta songsang
mereka ditolak, segelintir mak nyah sanggup menggunakan khidmat bomoh
bagi menghantar santau atau tuju-tuju kepada lelaki jambu yang digilai.
Mak nyah terbabit sanggup melakukan perkara syirik itu dengan niat
mahu menyusahkan hidup mangsa, malah lebih teruk membunuh mangsanya.
Kaedah menghantar santau atau tuju-tuju ini lebih digemari kerana
pelakunya sukar dikesan selain mangsa berdepan kesan maksimum.
Melalui penggunaan ‘ramuan’ seperti miang buluh, serpihan kaca, getah beracun dan bisa binatang, santau atau tuju-tuju ini berupaya membuatkan mangsa mengalami kesakitan luar biasa di seluruh badan, hilang selera makan, turun berat badan selain ada mangsa menjadi gila.

Penggunaan sihir terbabit dianggap sebagai jalan terakhir bagi mak nyah untuk memastikan lelaki jambu yang digilai merana kerana menolak cinta songsang mereka.
Menceritakan semula kejadian, seorang
lelaki yang menjadi mangsa santau mak nyah dan hanya mahu dikenali
sebagai Faris, 27, berkata, dia berkenalan dengan seorang lelaki
berperwatakan seperti wanita berusia 20-an ketika menemani rakannya
keluar bersiar-siar di sekitar ibu negara beberapa bulan lalu.
“Berikutan menghormati rakan, saya melayan lelaki terbabit dengan baik
dan kami saling bertukar nombor telefon. Saya anggap bertukar nombor
telefon selain berbalas SMS dengan lelaki terbabit adalah perkara biasa
kerana kami sama-sama lelaki, malah hubungan kami hanya kawan. -MyMetro