Hina Raja, Blogger Ditahan Reman 3 Hari

Abdul Aziz Bari
JOHOR BAHRU - Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan permohonan polis untuk menahan reman seorang lelaki berusia 29 tahun kerana menghina institusi diraja dan polis menerusi sebuah laman blog.

Majistret Salina Omar membenarkan permohonan polis untuk menahan reman lelaki itu selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948. 

Bekas pensyarah Universiti Islam Malaysia (UIAM),  Dr. Abdul Aziz Bari sebelum ini mendakwa adalah tidak menjadi kesalahan bagi rakyat Malaysia untuk derhaka dan menghina institusi DiRaja, Sultan atau Raja-Raja Melayu.

"Tiada undang-undang di Malaysia yang menjenayahkan apa yang dikatakan sebagai derhaka.

"Jadi itu hak ‘pihak’ berkenaanlah untuk menderhakakan sesiapa sahaja untuk jadi katak ke atau apa," kata Aziz dalam satu kenyataan yang mencetus konroversi dan disokong oleh ramai penyokong parti politik pembangkang. -KedahNews.com