Mayat itu dikatakan dari penjara Badoosh yang menjadi mangsa tindakan kejam kumpulan Negara Islam Iraq dan Jajahannya (ISIL).
"Kami menemui sebuah kubur besar di barat Mosul dipenuhi orang awam termasuk budak. Mereka dipercayai berasal dari puak Izadi Kurd, yang secara khusus menjadi sasaran ISIL," katanya.
Laporan media tempatan menyebut, sejak Jun lalu, kumpulan ISIL semakin mengganas selepas menawan Mosul dan Tikrit, yang terletak kira-kira 140 kilometer barat laut Baghdad.
Difahamkan, kumpulan itu berjaya mengawal timur Syria dan kawasan utara serta barat Iraq.
Susulan konflik itu, Arab Saudi, Qatar dan beberapa negara Teluk Parsi kini terpaksa berwaspada susulan kebimbangan serangan itu akan merebak ke negara mereka.
Bagaimanapun, pegawai kanan Iraq mendakwa, ISIL mempunyai hubungan rapat dengan perisikan Saudi dan dipercayai secara tidak langsung disokong oleh rejim Israel. -Mstar