PETALING JAYA -
Keputusan PAS menolak Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan
Ismail sebagai Menteri Besar Selangor baharu tidak ada kaitan dengan
gendernya, tetapi keupayaan beliau untuk menjadi pemimpin yang baik.
Presiden
PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, seorang menteri besar
seharusnya memenuhi kriteria tertentu dan berkelayakan untuk memegang
jawatan seumpama itu.
"Jika
beliau tidak mempunyai keupayaan untuk berbahas di Parlimen atau Dewan
Undangan Negeri (DUN), bagaimana beliau hendak hendak menjadi pemimpin
yang kuat?
"Ia bukan menjadi persoalan, dan berdasarkan kriteria itu sahaja, beliau tidak layak," katanya pada satu ceramah di Terengganu.
Ceramah itu dimuat naik sepenuhnya di YouTube pada Jumaat.
Beliau
berkata, Dr Wan Azizah tidak sesuai untuk memimpin, kerana Selangor
memerlukan seseorang "pemimpin yang kuat untuk menguruskannya".
Hadi
memperjelaskan bahawa parti menghantar tiga nama untuk calon Menteri
Besar kepada Sultan apabila beliau diminta untuk memberikan "lebih dua
nama", dengan mendakwa sekutu partinya "bodoh".
"PAS
mahu menghantar dua nama, tetapi kemudian Sultan menghantar surat
meminta lebih dua nama. Lebih dari dua bermaksud kita boleh menghantar
seberapa banyak yang kita suka.
"Adakah
PAS mahu pemimpin-pemimpinnya dilabel sebagai bodoh? Sultan meminta
sekurang-kurangnya tiga nama, tetapi anda hanya beri satu," katanya yang
merujuk kepada PKR dan DAP yang bertegas untuk mencalonkan satu nama
bagi jawatan itu.
"Jika
kita hanya hantar satu nama, bagaimana Sultan mahu memilih? Rakyat kata
kita tidak faham arahan (dari Pakatan). Tetapi sebenarnya, kita yang
hanya faham dan mengikut titah Sultan," katanya.
Tambah
Hadi, PAS masih sebahagian daripada Pakatan Rakyat, dan berkata,
sesiapa yang mahu memulakan parti baharu dialu-alukan untuk meninggalkan
pakatan itu.
"Sesiapa
yang mahu memulakan parti baharu boleh pergi kerana ia lebih baik untuk
mereka berbuat demikian. Kita masih bersama Pakatan". -Mstar