Pelakon Fizz Fairuz meminta masyarakat agar tidak mengkritik mana-mana
selebriti yang diberi peluang menjadi duta produk ubat penambah tenaga
batin.
Fizz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainil Abidin, 35, berkata, masyarakat perlu bersikap terbuka mengenai informasi ubat atau makanan tambahan yang berfungsi untuk membaik pulih hubungan kelamin suami-isteri.
"Baru-baru ini saya telah dilantik untuk menjadi duta sebuah produk ubat tenaga batin bersama isteri, Almy Nadia.
"Ada yang memberi komen positif tetapi kebanyakannya mengutuk. Tetapi saya tidak kisah, kerana itu adalah rezeki kami, tidak kiralah apa produk sekalipun. Buat apa nak malu?
"Cuma sepatutnya mereka perlu bersikap terbuka berkenaan perkara ini kerana ia juga berinformasi kepada mereka terutamanya yang sudah berkahwin," katanya kepada mStar Online.
Tambah Fizz, sikiap berfikiran tidak terbuka dengan produk-produk tenaga batin juga membuatkan ramai yang tidak tahu mengenai informasi-informasi yang membabitkan masalah hubungan kelamin suami-isteri.
Sementara itu, Fizz berkata, dia bukan sahaja peka terhadap kesihatan dalaman badan tetapi juga seorang yang prihatin terhadap penampilan diri.
"Kalau nak tahu, saya seorang lelaki yang peka terhadap penjagaan kesihatan dan penampilan. Untuk makanan tambahan sahaja, macam-macam saya ambil.
"Apatah lagi soal penampilan, saya akan pastikan imej saya sentiasa kemas walaupun mahu melepak dengan rakan-rakan di kedai kopi.
"Ini kerana, aktiviti harian saya di luar jangkaan. Elok-elok tengah lepak, tiba-tiba saya mendapat panggilan untuk pergi ke sebuah mesyuarat pula. Kiranya saya perlu sentiasa bersedia," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Fizz baru saja selesai penggambaran telefilem Lagenda Long Piah bersama syarikat produksi Skop Production. -Mstar