ANGGOTA bomba memadamkan saki-baki api yang terdapat pada bahagian enjin kereta yang dibakar. |
Shah Alam - Sekumpulan penjenayah sempat memberi amaran kepada
penduduk supaya tidak campur tangan sebelum membakar beberapa kenderaan
di kawasan meletak kenderaan pangsapuri Seksyen 16, di sini, kelmarin.
Seorang penduduk yang enggan namanya didedahkan berkata, kejadian
berlaku kira-kira jam 8.30 malam ketika dia dan beberapa penduduk lain
berada di bahagian bawah pangsapuri terbabit.
Menurutnya, beberapa kenderaan pacuan empat roda tiba-tiba memberhentikan kenderaan di hadapan mereka.
“Beberapa lelaki kemudian keluar dari kenderaan sebelum menuju ke arah kami sambil mengacukan besi dan parang. Mereka menyuruh kami pergi ke tempat lain kalau tidak mahu dicederakan.
“Beberapa lelaki kemudian keluar dari kenderaan sebelum menuju ke arah kami sambil mengacukan besi dan parang. Mereka menyuruh kami pergi ke tempat lain kalau tidak mahu dicederakan.
“Mereka kemudian membakar sebuah lori yang diletakkan di tempat letak kenderaan serta beberapa kereta lain yang berada berdekatan lori itu,” katanya ketika ditemui Harian Metro di lokasi kejadian, semalam. -myMetro