Pelakon dan pelawak Jep (Sepahtu) mengurangkan aktiviti
seni dengan menolak tawaran membintangi drama dan filem bagi
mengelakkan tuduhan-tuduhan liar terhadapnya.
Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin, 29, berkata, dia
tidak mahu tuduhan dan fitnah yang sering timbul ketika melakukan
penggambaran memberi tekanan kepada kehidupannya.
"Saya kurangkan aktiviti seni buat masa ini kerana tidak mahu gosip
timbul, bila saya ambil sikit sahaja tawaran lakonan, saya dapat kesan
kesalahan saya lakukan di produksi yang mana.
"Pada saya biarlah sikit sahaja produk tetapi meninggalkan kesan kepada penonton daripada banyak drama atau program tetapi banyak gosip yang tidak betul.
"Secara jujurnya, saya tidak boleh menerima banyak sangat gosip kerana ia akan menganggu ketenangan hidup saya," ujarnya ketika ditemui selepas Anugerah Lawak Warna 2014 yang berlangsung di Teater Selangor, di sini, malam Jumaat.

Jep meraih trofi Artis Lawak Lelaki Paling Popular 2014 buat tahun kedua berturut-turut pada majlis anugerah tersebut.
Sementara itu, Jep berkata, dia tidak akan memberi sebarang respon terhadap dakwaan yang timbul mengaitkannya selepas ini.
"Saya ambil keputusan tidak akan menjawab mana-mana tuduhan atau fitnah
yang timbul mengaitkan saya kerana mereka yang mendakwa itu tidak akan
muncul sebaliknya saya yang terpaksa bersihkan semua yang mereka dakwa
itu.
"Oleh itu, baik saya senyap sahaja kerana kalau saja jawab pun pekara tidak selesai," ujarnya.
Selain tidak mahu dihimpit gosip liar, Jep mengakui dia tidak pernah mengejar matlamat tertinggi dalam dunia seni ini.
Katanya, dia sudah bersyukur pada kedudukannya sekarang dan tidak pernah mengharapkan lebih tinggi daripada ini.
"Selain gosip saya juga tidak pernah mengejar populariti atau pencapaian lebih tinggi daripada apa yang saya capai sekarang.
"Saya tahu saya masih kagi berada di bawah jika dibandingkan dengan rakan-rakan lain yang sudah ada tahap mereka sendiri, tetapi berbalik kepada matlamat asal saya dalam industri hanya untuk bekerja semata-mata," ujarnya.
Dalam pada itu, mengulas kemenangan pada malam tersebut, Jepp berkata, dia tidak pernah mempromosi diri sendiri di mana-mana media untuk meraih undi.
Katanya, dia lebih selesa jika pengundian tersebut dilakukan secara jujur daripada penonton yang benar-benar puas dengan apa hang telah diberikan.
"Sejak masuk Raja Lawak lagi saya tidak pernah suruh orang mengundi saya termasuk ahli keluarga sendiri.
"Biar mereka mengundi secara telus tanpa paksaan dan mereka fikirkan layak. Pada saya kemenangan sebenar adalah kepuasan penonton dan bukan pada anugerah yang kita raih," ujarnya. -Mstar