Hubungan cinta antara Justin
Bieber dan Selena Gomez dilaporkan kembali bertaut apabila kedua-dua penyanyi
remaja ini mengeluarkan kenyataan mengenai keputusan untuk meneruskan
pencintaan yang sudah lama terputus.
Menurut sumber Contact Music,
Bieber telah mengeluarkan kenyataan berhubung keinginannya menjalinkan kembali
hubungan cinta bersama Gomez dan dia berjanji akan memastikan hubungan ini akan
menjadi ke satu peringkat yang lebih serius.
Hubungan yang ingin dibina itu
bukan sahaja ke tahap rumah tangga, Bieber juga mahu mempunyai anak bersama
Gomez," kata satu sumber kepada Contact Music.
Jelas sumber itu lagi, Bieber
telah menghubungi Gomez dan menyatakan keinginannya bersama penyanyi tersebut
sepanjang hidupnya.
Dia (Bieber) ingin sekali
membuatkan Gomez gembira selain mahu wanita itu menjadi ibu buat
anak-anaknya," kata sumber itu lagi.
Kenyataan Bieber dilihat satu
perkara yang serius kerana penyanyi remaja berusia 20 tahun itu kelihatan
sangat matang setelah menepuh pelbagai isu yang menjatuhkan reputasinya dalam
karier nyanyian.
Dalam satu kenyataan yang
dikeluarkan majalah di Amerika, OK!, Bieber dan Gomez sering dilihat keluar
bersama-sama sejak hubungan cinta mereka mula diperkatakan.
Mereka sentiasa berjumpa. Malah,
kata dan janji mereka untuk setia bersama sering diluahkan. Namun, soal jodoh
itu semuanya bergantung kepada kehendak Tuhan," kata sumber tersebut. –KedahNews.com/Mohd Shahir Shukor