PUTRAJAYA - Gereja Katolik memfailkan permohonan untuk
semakan kehakiman terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak
kebenaran merayu berkaitan larangan penggunaan kalimah Allah oleh
Menteri Dalam Negeri dalam penerbitan mingguannya, The Herald versi Bahasa Malaysia.
Peguam Benjamin Dawson mengesahkan permohonan itu difail pada kira-kira 3.00 petang Jumaat di Pejabat Pendaftar Mahkamah Persekutuan.
Beliau berkata permohonan itu mengemukakan tiga alasan, antaranya, terdapat beberapa isu perundangan penting yang tidak dipertimbang dalam keputusan majoriti Mahkamah Persekutuan seperti peruntukan Perkara 3 dan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.
Pada 23 Jun lepas, panel tujuh hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, mencapai keputusan majoriti 4-3 ketika menolak permohonan Gereja Katolik itu.
Gereja Katolik mengemukakan permohonan itu untuk mencabar keputusan Mahkamah Rayuan pada 14 Oktober tahun lepas yang membenarkan rayuan kerajaan bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember 2009 bahawa The Herald boleh menggunakan kalimah Allah. -Mstar