KECOH! PAS LETAK NAMA 3 ADUN PAS JADI MB SELANGOR..?


PRESIDEN PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikatakan telah mencadangkan tiga nama dari partinya untuk mengisi jawatan Menteri Besar Selangor.

Tiga nama itu dipercayai adalah Iskandar Abdul Samad, Sallehin Mukhyi dan Ahmad Yunus.

Iskandar Abdul Samad, Sallehin Mukhyi dan Ahmad Yunus
Iskandar Abdul Samad, Sallehin Mukhyi dan Ahmad Yunus
Memetik laporan The Star, surat dari Hadi dihantar sebelum tarikh 3 September bagi mengemukakan lebih daripada dua nama calon jawatan menteri besar, menurut beberapa sumber.

Mereka berkata, Hadi secara peribadi telah menandatangani surat untuk istana, menamakan tiga ahli exco parti itu dalam pentadbiran negeri sebagai calon.

Pembantu kanan Hadi ketika dihubungi The Star untuk mendapatkan komen tidak menafikan surat itu telah dikemukakan dan berkata terpulang kepada kepimpinan parti untuk membuat kenyataan mengenai perkara itu.

“Ini adalah perkara yang sulit dan oleh itu, saya tidak boleh membincangkannya,” katanya.

Surat itu akan dilihat sebagai satu penghinaan kepada perjanjian yang dipersetujui oleh sekutu Pakatan Rakyat yang lain; PKR dan DAP yang telah bersetuju untuk mengemukakan hanya nama presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ke istana untuk dipertimbangkan.

Namun, PAS menegaskan bahawa lebih dua nama hendaklah dikemukakan mengikut permintaan istana.
 
Sumber: Mynewshub.cc