Seorang ahli perniagaan ditemui terbaring berlumuran darah sejurus dirompak tiga penjenayah di Bandar Manjalara di Kepong, semalam.
Dalam kejadian lebih kurang jam 7.30 pagi itu, mangsa, Wangliang Hua, 37, dikatakan diserang suspek yang menaiki kereta jenis Honda City ketika mangsa dalam perjalanan ke tempat kerja.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy berkata, mangsa yang menaiki pacuan empat roda Toyota Hilux terlebih dahulu dirempuh kereta dinaiki suspek di kawasan itu.
“Mangsa cuba mempertahankan diri, namun dia dibelasah ketiga-tiga suspek sehingga cedera teruk dan pengsan,” Kata Munusamy yang dipetik dari laman Utaranews.com.
Menurutnya, mangsa yang berhenti di bahu jalan untuk melihat kerosakan pada kenderaannya bagaimanapun diserang mendadak oleh kumpulan penjenayah. - Muhamad Hafizzudin Mohd Daud/KedahNews.com