SEORANG mujahid adalah seorang pejuang kemerdekaan untuk kebebasan.
Mujahid akhirnya menjadi mujahidin. Mujahin tercatat sejak 1958 dan
dalam penggunaan moden untuk gerilawan Muslim.
Pada akhir kurun ke-20
dan awal kurun ke-21 istilah mujahidin menjadi nama berbagai-bagai
pejuang bersenjata yang menganut ideologi Islam dan mengidentifikasikan
diri mereka sebagai mujahidin.
Mujahidin Afghanistan
Pada awalnya, kaum mujahidin berperang melawan pemerintah Afghanistan
yang disokong oleh Soviet Union pada akhir 1970-an. Akhirnya, Soviet
Union keluar dari Afghanistan pada akhir 1980-an kerana tidak kuat
melawan para mujahidin.
Ramai Muslim dan negara-negara lain menawarkan diri untuk membantu
kelompok mujahidin Afghanistan dan memperoleh pengalaman yang signifikan
dalam perang gerila. Pada tempoh itu mujahidin yang paling terkenal
adalah Abdullah bin Azzam.
Mujahidin Bosnia-Herzegovina
Mujahidin lahir di Bosnia selama berlangsung perang Bosnia dari
1992-1995 setelah pembantaian yang dilakukan oleh tentera Serbia
terhadap Muslim awam di Bosnia.
Jumlah kaum mujahidin ketika itu
mencapai 4,000 orang. Mereka datang dari Arab Saudi, Pakistan,
Afghanistan, Jordan, Mesir, Iraq dan Palestin. Bukti menunjukkan bahawa
relawan asing datang di Bosnia pada 1992 dengan tujuan untuk membantu
saudara-saudara Muslim mereka melawan penjajah Serbia.
Mujahidin Chechnya
Kaum mujahidin memainkan peranan penting dalam perang kedua Chechnya.
Selepas runtuhnya Soviet Union dan kemudian deklarasi kemerdekaan
Chechnya, pejuang mulai memasuki pelbagai kawasan.
Ramai daripada mereka
merupakan veteran perang Soviet-Afghanistan dan sebelum penyerbuan
Rusia, mereka menggunakan keahlian mereka untuk merekrut para pejuang
Chechnya.
Ketika perang Chechnya pertama mereka disegani kerana taktik
gerila yang dipakai, menimbulkan korban dahsyat kepada pasukan Rusia.
Mujahidin Kosovo
Menurut Serbia dan negara Eropah lainnya, sebahagian besar pejuang
mujahidin dari Asia Barat dan bahagian lain di dunia bergabung dengan
tentera pembebasan Kosovo melawan pasukan Serbia pada perang 1999.
Sebahagian daripada mereka membentuk unit mereka sendiri dengan pemimpin
yang fasih berbahasa Arab. Selepas perang sebahagian besar relawan
asing itu kembali ke tanah air mereka dan sebahagian mereka tetap
tinggal di Kosovo di mana mereka menjadi warganegaranya.
Sesungguhnya masih ramai lagi kaum mujahidin lainnya di seluruh
dunia, namun para mujahidin Afghanistan, Chechnya, Bosnia-Herzegovina
dan Kosovo selalu dikenang kerana kegigihan mereka dalam melawan para
penjajah.
Janisari
Janisari berasal daripada bahasa Turki Uthmaniyah yang bererti
pasukan baru dan adalah pasukan infantri yang dibentuk oleh Sultan
Murad 1 daripada khalifah Bani Seljuk pada kurun ke-14.
Pasukan ini
berasal dari bangsa-bangsa Eropah Timur yang wilayahnya berhasil
dikuasai oleh Turki Uthmaniyah. Tentera ini dibentuk tidak lama selepas
maharaja Byzantium kalah oleh Turki Uthmaniyah.
Pada masa itu pasukan Janisari ini adalah pasukan terkuat di dunia
dan merupakan pasukan pertama sekali menggunakan senapang yang kemudian
ditiru oleh orang Eropah.
Pasukan ini adalah pasukan kedua setelah
Mongol yang berjaya menjajah Eropah. Janisari adalah briged atau pasukan
tentera terpisah daripada pasukan Turki yang bertugas mengawal Sultan
Dinasti Uthmaniyah (Ottoman Empire).
Hizbullah
Hizbullah dalam bahasa Arab bererti Parti Tuhan adalah kelompok
Islam Lubnan yang terdiri daripada sayap tentera dan awam. Kelompok ini
didirikan pada 1982 untuk memerangi pendudukan Israel di selatan Lubnan.
Bersama Gerakan Amal, Hizbullah adalah parti politik utama yang
mewakili komuniti Syiah, kelompok terbesar di Lubnan. Hizbullah dipimpin
oleh Hassan Nasrallah.
Menurut data, kekuatan Hizbullah mencapai 5,000 hingga dengan 10,000
pasukan. Pasukan ini terdiri daripada 300-400 pasukan, tetapi ketika
konflik berkecamuk, jumlahnya dapat segera meningkat secara signifikan
mencapai ribuan pasukan.
Hal ini disebabkan oleh ramainya simpatisan
(orang yang menaruh simpati) Hizbullah yang juga sudah terlatih secara
tentera yang berasal daripada pelbagai kalangan seperti pedagang,
pendidik, pegawai swasta dan profesional seperti doktor, pengacara dan
berbagai latar belakang pekerjaan lainnya.
Ketika ini Hizbullah mempunyai senjata andalan iaitu Roket Katyusha
buatan Rusia untuk menghadapi kekuatan Israel di selatan wilayah Lubnan.
Kehebatan roket ini sudah terbukti ketika berjaya memusnahkan ratusan
senjata canggih Israel yang terkenal iaitu Merkava.
Mamluk
Mamluk atau Mameluk dalam bahasa Arab bererti tentera hamba yang
telah memeluk Islam dan bertugas untuk khalifah Islam dan kesultanan
Ayyubi pada kurun pertengahan. Mereka akhirnya menjadi tentera yang
paling berkuasa dan juga pernah mendirikan kesultanan Mamluk di Mesir.
Pasukan Mamluk pertama dikerahkan pada zaman Abbasiyah kurun
kesembilan. Bani Abbasiyah merekrut tentera ini dari kawasan Kaukasus
dan Laut Hitam serta mereka ini pada mulanya bukanlah orang Islam. Dari
Laut Hitam direkrut bangsa Turki dan kebanyakan daripada suku Kipchak.
Tentera Mamluk ini selalu setia kepada syeikh, suku dan juga
bangsawan mereka. Oleh itu tentera Mamluk adalah aset terpenting dalam
bidang ketenteraan.
sumber: militerislam.com