Di saat terakhir, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sempat menyindir sinis PKR dan Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menggulingkan beliau dari tampuk pemerintahan di negeri itu.
Khalid dalam ucapan terakhirnya menggesa kakitangan awam negeri Selangor supaya terus bekerja keras untuk rakyat dan tidak mempedulikan perangai pemimpin politik di negeri itu yang lebih gemar berpolitik berbanding bekerja untuk orang ramai.
"Biarkan orang politik berperang. Biarlah ahli politik berlakon dan berdrama. Kita terus kerja.
"Biar drama mereka jadi lawak jenaka yang akan dikenang selamanya," kata beliau dalam acara di lobi Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam, yang dipetik dari Malaysiakini.
Pada hari terakhirnya sebagai Menteri Besar,
Abdul Khalid tetap menunjukkan sikap profesional beliau dengan lebih banyak
bekerja dan menguruskan Kerajaan Negeri berbanding pemimpin-pemimpin PKR, DAP dan PAS yang lebih gemar berpolitik 24 jam setiap hari.
Majlis terakhir Khalid bersama kakitangan Kerajaan Negeri itu menyaksikan beliau diraikan secara meriah bersama lebih 200 kakitangan kerajaan negeri. -KedahNews.com
Majlis terakhir Khalid bersama kakitangan Kerajaan Negeri itu menyaksikan beliau diraikan secara meriah bersama lebih 200 kakitangan kerajaan negeri. -KedahNews.com