CHANGLOON - Demi mengeratkan hubungan persaudaraan dalam kalangan
masyarakat setempat sekitar Changloon, dekat sini, penduduk mengambil
inisiatif menubuhkan 'Group Orang Changlun' melalui laman sosial
Facebook sebagai platform komunikasi sesama masyarakat.
Akaun Facebook yang diasaskan oleh Shahibuddin Doii, 40, sejak 2011 kini sudah berjaya mengumpulkan lebih 8,000 ahli.
Menurutnya, pada awalnya dia membuka akaun tersebut bagi mengisi masa lapang untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan di kawasan itu.
Bagaimanapun, sambutan menggalakkan daripada pengguna Facebook memberi idea kepadanya untuk menjadikan Group Orang Changlun sebagai platform kepada masyarakat setempat berhubung antara satu sama lain.
“Saya sendiri tak sangka Group Orang Changlun mendapat perhatian daripada ramai pengguna Facebook dan cuba menguruskannya sebaik mungkin dengan bantuan 13 rakan sebagai pengendali.
“Alhamdulillah, banyak manfaat yang diperoleh kepada ahli yang menyertai kumpulan ini terutamanya dalam kita membina tali persaudaraan, berkongsi maklumat, berita, permasalahan dan jalan penyelesaian,” katanya.
Melalui laman Facebook itu juga katanya, pelbagai program diatur bersama ahli bagi mengeratkan perhubungan bukan hanya di alam siber, malah di alam realiti.

“Kita telah mengadakan program tahunan seperti perjumpaan tahunan,
program sembang santai dan jamuan hari raya. Kita juga membenarkan ahli
untuk berkongsi masalah atau pertanyaan dan kejadian semasa yang berlaku
di sekitar Changloon.
“Kutipan derma kilat untuk turut diadakan membantu ahli yang mengalami kesusahan atau kemalangan bagi meringankan beban,” katanya.
Katanya, lebih menarik lagi, Group Orang Changlun diuruskan dengan teliti di mana pengendali akan menapis muat-naik gambar, maklumat dan iklan.
“Setiap yang dimuat-naik ahli akan ditapis oleh pengendali, ini kerana kita tidak mahu laman ini dihiasi dengan unsur fitnah, hasutan, lucah atau hal politik.
“Manakala iklan pula hanya dibenarkan muat-naik pada hari Rabu sahaja. Ini bagi memastikan kumpulan ini efisien dengan pelbagai pengisian berfaedah untuk kepentingan ahli,” ujarnya.
Sementara itu, Mohamad Ghafar Mohamad, 38, yang juga seorang pengendali berkata, Facebook Group Orang Changlun terdiri daripada 70 peratus ahli yang menetap atau berasal dari Changloon.
“Laman ini juga disertai mereka yang tinggal di luar Changloon tetapi berminat dengan kemeriahan Gorup Orang Changlun di Facebook ini. Mereka mungkin tertarik dengan maklumat yang dikongsi dan aktiviti sampingan yang diadakan.
“Kami juga sedang dalam perancangan mendaftarkan laman ini dengan Pejabat Pendaftaran Pertubuhan sedikit masa lagi dan merancang lebih banyak program program untuk ahli,” katanya. -Sinar Harian