ALOR SETAR - Kerajaan negeri digesa menyemak semula dakwaan pengagihan
projek kecil tahunan melalui penganugerahan secara pukal kepada
kontraktor kelas tinggi dan campur tangan Exco dalam sistem sebut harga
sedia ada.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Gabungan Kontraktor G1 dan G2 Negeri Kedah, Zainol Abidin Thamim berkata mengikut sistem sedia ada pengagihan projek kecil dilakukan secara tender terbuka oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) kepada semua kontraktor kelas G1 dan G2 mengikut daerah pada setiap awal tahun.
Beliau berkata bagaimanapun menjelang tahun 2014, projek tersebut hanya diberikan kepada dua syarikat kontraktor kelas G7 yang dianggarkan bernilai RM70 juta untuk tujuan penyelenggaraan jalan-jalan di negeri ini.
“Dua syarikat tersebut memang menawarkan projek kepada syarikat kontraktor kecil (kelas G1 dan G2) namun dengan kadar harga yang lebih rendah contohnya projek penyelenggaraan jalan di Kuala Muda, kalau dapat terus daripada JKR harganya boleh cecah RM200,000 dan ke atas kalau melalui mereka hanya RM190,000.
“Harga yang ditawarkan menyebabkan kami terpaksa tolak kerana sukar menampung kos atau jika diterima dikhuatiri memberi kesan kepada kualiti jalan,” katanya.
Mereka turut membantah agihan projek dibuat secara sebut harga tertutup.
“Kami amat dukacita dengan perkara ini, kerana sebelum ini kerajaan negeri memuji prestasi kontraktor kelas G1 dan G2 ini mengendalikan projek, namun pada tahun ini hanya kontraktor induk (kelas G7) yang mendapat projek tersebut.
“Kami harap baki peruntukan yang belum dibelanjakan diserahkan kepada JKR di daerah masing-masing untuk dilaksanakan secara sebut harga terbuka dan tahun depan dibuat seperti selalu sama ada melalui cabutan undi atau sebut harga terbuka,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.
Gabungan Kontraktor G1 dan G2 Negeri Kedah juga menghantar Memorandum Bantahan kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), Pejabat Menteri Besar Kedah, Kementerian Kerja Raya, Pejabat Ketua Setiausaha Negara, Pejabat Ketua Setiausaha Perbendaharaan Negara dan Ketua Audit Negara sejak Julai lalu namun belum menerima respons. -Sinar Harian