Krisis MB Selangor: Anwar Redha Bakal MB Selangor Dari PAS?


Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dilaporkan telah bersetuju untuk menerima siapa saja calon Menteri Besar Selangor yang diputuskan oleh Sultan. 

Anwar juga dikatakan bersedia menerima walaupun sekiranya calon Menteri Besar tersebut datang dari parti PAS. 

Anwar dikatakan bertindak sedemikian setelah menerima maklum balas dari setiap pemimpin kanan PKR yang mahu kesepakatan didalam PR dikekalkan dan tidak diganggu gugat oleh kemelut perlantikan Menteri Besar Selangor, lapor laman Utaranews.com

Keputusan Anwar juga difahamkan dibuat berdasarkan perjuangan asal Pakatan Rakyat iaitu menumbangkan UMNO dan menubuhkan kerajaan baru Pakatan bagi menggantikan Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak. 

Sebelum ini Presiden PAS Abdul Hadi Awang dikatakan telah menghantar 3 nama kepada Sultan Selangor sebagai calon Menteri Besar. Salah satu nama yang disebut ialah Iskandar Samad. - Muhamad Hafizzudin Mohd Daud/KedahNews.com