Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj menitahkan akan mempertimbang juga calon di luar Pakatan Pembangkang untuk menggalas tugas sebagai Menteri Besar (MB) Selangor yang baharu.
Titah baginda dinyatakan menerusi kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pejabat Istana Alam Shah, tadi.
Kenyataan media tersebut jelas menunjukkan bahawa baginda menzahirkan rasa dukacita beliau terhadap 'kedegilan' PKR dan DAP yang cuma menghantar satu nama sahaja untuk calon MB Selangor yang baharu, iaitu Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
Walaupun pihak istana telah memberi tempoh tambahan selama 48 jam untuk PKR dan DAP menghantar nama lain sebagai pengganti, namun ternyata kedua-dua parti pembangkang itu ingkar dengan titah baginda.
Berbeza dengan PAS yang telah menghantar nama calon dari barisan Exco PAS sendiri yang terdiri daripada Iskandar Samad, Yunus Hairi, dan Sallehen Mukhyi.
Berikut adalah kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pejabat Istana Alam Shah, tadi:
Nampaknya, mungkin PKR dan DAP sudah lupa akan apa 'tragedi' yang menimpa negeri Perak sebelum ini.
Jangan cuba derhaka terhadap apa jua keputusan baginda selepas ini, andai kata keputusan itu bercanggah dengan kemahuan barisan kepimpinan PKR dan DAP. - Muhamad Hafizzudin Mohd Daud/KedahNews.com