Kuala Lumpur - Selepas 28 tahun, kumpulan Kembara yang diasaskan Datuk
M Nasir di Singapura pada 1980 kembali memeriahkan industri muzik
tempatan apabila bakal mengadakan Konsert Hati Emas Kembara di Istana
Budaya, 21-23 November ini.
Konsert itu turut menampilkan anggota asal Kembara yang lain iaitu A
Ali (gitar, penyanyi), S Sahlan (penyanyi), Zoul (gitar), Cheman (bass),
Md Shah (keyboard) dan Shahrom (dram).
M Nasir berkata, tujuan konsert berkenaan diadakan antaranya bagi
memberitahu bahawa kumpulan berkenaan masih aktif bermain muzik selain
lagu-lagu mereka masih diingati selepas lebih 30 tahun.
Selain konsert ini, Kembara juga bakal muncul dengan album baru yang mengandungi 10 lagu merangkumi lagu baru dan beberapa lagu lama mereka yang diberi nafas baru.
Selain konsert ini, Kembara juga bakal muncul dengan album baru yang mengandungi 10 lagu merangkumi lagu baru dan beberapa lagu lama mereka yang diberi nafas baru.
Kumpulan yang sinonim dengan lagu berunsur rakyat dan lirik puitis ini populat dengan lagu-lagu seperti Hati Emas, Gerhana, Keroncong Untuk Ana, Ekspres Rakyat, Impian Seorang Nelayan, Duit dan Kepadamu Kekasih. -MyMetro